Tajuk : DiHujung Ranting
Penulis : indah Hairani
Harga : RM19.90
Rega novel rack :RM 13.00
Sipnosis belakang buku:
Dua insan dan dua isteri yang berbeza. Mawardah penuh dengan kelembutan, tidak melawan dan sentiasa akur. Fatin penuh kemanjaan, sentiasa ingin menang dan menguasai dan agak kasar sikapnya. Namun kedua-duanya dicintai. Apakah aku silap mencintai dua wanita dalam satu masa? - Hakim
Dan bermula sari saat itu luka-lukanya semakin berdarah. Dia semakin mendendami hidup. Kesengsaraan itu membuat dia cukup sedar, bahawa dia tidak sempat mencintai Mawardah. Cinta yang belum sempat diungkap. Lantasdia menyimpannya kembali jauh di dasar hati. Dan melihat kesengsaraan yang dilalui oleh Mawardah membuat dia menderita. Dia tidak rela Mawardah diperlakukan Hakim sedemikian. - Amar
Batapa kaku hati seorang hakim bin Dato' hashim. Tidakkah dia mengerti bahawa luka seorang isteri bernama Mawardah ini? Kalau kau dapat melihat apa yang ada dalam hatiku, kau akan melihat luka yang telah kau calarcalarkan ini. - Mawardah
Rasa hiba memenuhi ruang dadanya. Hanya Allah yang mengetahui apa yang dirasakan saat itu. selesai mengaminkan doa, menangis diribaan Hakim. Pertama kali dalam hidupnya, dia rasa terlalu kecil dan hina. dalam waktu yang sama rasa berdosa dan bersalah mendesah di dada. - Fatin
La Rosa Apartment by Zura Anwar
3 hours ago
1 comments:
salam novel ni ad lg x?
Post a Comment